Thursday, May 7, 2009

Hidup ini dan Sakura

Alhamdulillah, sekarang ini sudah masuk bulan 5. Jika diingat sekarang ini di Jepun ialah musim bunga. Musim bunga sakura berkembang. Bunga sakura ini ialah bunga yg hanya kembang mekar sekali sahaja sepanjang tahun dan selepas 7 ke 10 hari ianya akan gugur ke bumi. Sangat singkat waktunya.

Di sini saya ingin menceritakan perihal bunga sakura yg menjadi kunci semangat orang Jepun. Sebenarnya hidup kita ini diibaratkan seperti bunga sakura. Hidup yg sangat singkat. Oleh itu jadilah seperti bunga sakura yg berkembang dengan mekarnya sehingga tiba masanya ia gugur jatuh ke bumi.

Seharusnya hikmah di sebalik kebesaran Allah yg ditunjukkan dengan bunga sakura ni kita sama2 sedar. Bahawa hidup kita di muka bumi ini sangat singkat. dan seharusnya kita manfaatkan hidup yg singkat ini dengan sebaik2nya. Jadilah sebaik2 insan yg berguna kepada keluarga kita agama kita dan negara kita.

Ingatlah pesan saya, hiduplah kita di muka bumi ini mengikut resam bunga sakura, berkembang mekar semekar2nya sebelum jatuh ke bumi. Hidup ini singkat. Hidup ini hanya tempat persinggahan dari alam roh hingga kita tiba ke kehidupan di alam yg kekal abadi.

Lihat Entri Penuh

Sunday, March 29, 2009

A SUCCESSFUL WOMAN: Sakie Fukushima

Cerita menarik untuk kita. Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada wanita2 di Malaysia khususnya dan untuk lelaki2 Malaysia juga. Langit masih berada tinggi di atas sana untuk kita capai. Dakilah gunung dengan bersusah payah untuk menggapai langit itu ataupun ciptalah sesuatu sehebat kapal terbang dari akal anda untuk terus terbang ke langit biru. Pilihan terserah padamu. Cheers!

Sumber dari NST

FOR someone who has reached the pinnacle of success, it is hard to imagine that Sakie Fukushima's biggest demon was a lack of self confidence.
The soft-spoken woman said her self esteem took a beating in elementary school.

One of Fukushima's teachers, when handing out her performance record, had said to her, "You're not as bright as your brother. Not as smart".

From then, Fukushima gave up studying hard, shunning any effort to better herself.

She says she lacked so much confidence growing up that she turned pessimistic.
"Every time I'd fly, I'd think that I would be killed. And if we were to go on a trip, I'd get my friend to drive over to my house to check if I had turned off the gas."

When she came home once with a brochure highlighting a student conference in the United States, it was her father who encouraged her to attend it.

There, she met an American whom she later married, and who is now her pillar of strength.

"My husband is someone who gave me confidence.

"He believed in my capabilities more than I did," she says with a smile.

In a way, Fukushima's lack of self esteem worked as a double-edged sword because she worked twice as hard to make sure she didn't fail.

"Pessimism was also my strength in succeeding in Korn/Ferry.

"I came up with the worst case scenarios and tried to prevent them from happening. That was the critical key to success in this business where anything can happen."

Hailing from a family of academics, Fukushima had started off teaching Japanese as a second language in Japan before lecturing and furthering her studies in Harvard University.

It took a nudge from her husband to get her to accept a job in a strategic management firm in Boston.

After that, it took a few more nudges and confidence build-up for her to reach where she is today.

As Japan's regional managing director of recruiting firm Korn/Ferry International, who admits to still suffering from bouts of self doubts, Fukushima says there is no harm in giving opportunities a go.

"Even if you have no confidence, if you stretch yourself, most of the time, you find that you can do it. It may not be 100 per cent. But 80 per cent is enough.

Fukushima, who served as a member of the firm's global board of directors from 1995 to 2007, was last year recognised by Business Week as one of "The World's 50 Most Influential Headhunters".

Also on the board of Sony Corporation, Fukushima has penned Japan's bestselling book How to Become Marketable Before You Become 40 Years Old.

Life hasn't always been hunky dory.

Fukushima, who has suffered from heart complications due to immense work pressure, has thought of letting go.

But she draws satisfaction from the appreciation shown by those whom she has helped secure their lives through a career change.

DO YOU HAVE WHAT IT TAKES?

AFTER 18 years of assessing successful global executives, Sakie Fukushima has identified some of their common traits, of which she is trying to emulate herself:

Take responsibility for your own professional training. Job-hoppers tend to blame their boss, company or colleagues for their own failure, shortcoming or dissatisfaction. Executives who confront the situation, try their best to change the environment, and learn from the experience when they have failed, gain more success than those who take the easy way out by escaping.

Don't pass up on any opportunities. Take full advantage of any real opportunity that comes your way. After being challenged, you develop your own value system through direct learning experiences.

When confronted with a difficult problem, think positively on 'how to do it' before coming up with negative reasons. Creative solutions are often the answer.

Establish your own successful career path rather than follow what's socially accepted. It helps to take some time to reflect on what you really want to do with your life.

Envision what you'd be doing in five years. List the skills and experience you would need to be in that position. Re-evaluate your skills and formulate a plan to acquire them. Many people learn all they can while working in corporations, such as strategic tools in a management consulting firm and financial skills from an investment firm, before setting out to set up their own company.

Successful global executives are comfortable and confident at the same time. Know your strengths and weaknesses and constantly try to improve yourself. A person who is confident competes with himself or herself rather than with others.

Lihat Entri Penuh

Monday, March 9, 2009

Kabel besar Atas angin

Alkisah 2 cerita dalam satu kisah kali ini.

Babak 1:

Ketika 2 orang Bangladesh sedang melawat kilang yg membuat sebuah produk kebangsaan kita yg ingin dipasarkan di negara mereka, mereka ternampak 2 orang pekerja Bangladesh yg bekerja di kilang itu sebagai tukang cuci sedang berjalan melintasi mereka. Mereka dimaklumkan oleh pengiring mereka bahawa 2 org yg mereka lihat itu orang Bangladesh.
Salah seorang itu bertanya, "Bangladeshi?" Kemudian bagaikan jejak kasih, mereka begitu teruja bertemu satu sama lain. Berbual dalam bahasa mereka, mengenai pelbagai perkara. Rupa2nya salah seorang antara mereka mengadu bahawa gaji mereka sepatutnya adalah RM1000, tetapi hanya menerima RM600 sahaja.

Mesej yg ingin aku bawa dari cerita ini ialah mengenai gaji mereka yg hilang di atas angin. Syarikat ini menyerahkan tugas pembersihan kepada kontraktor. Entah kenapa pekerja asing ini tidak mendapat bayaran sepenuhnya dari kontraktor. Adakah hilang di tangan ejen yg amik untung atas angin? Wallahualam.

Begitu juga berlaku dalam bisnes di Malaysia ini. Barang2 yg kita beli ini menjadi mahal kerana melalui orang tengah, bukan dari pembekal asal. Lagi banyak orang tengah, lagi mahal harganya. Itu yg biasa kita lihat dalam hidup kita. Di IPT contohnya, equipment yg pada asal harganya x semahal mana menjadi sangat mahal kerana wujud orang2 tengah ini. Begitu juga di mana2 kilang- equipment, sistem dan supplier parts menjadi mahal kerana begitu ramai orang tengah. Itulah sikap orang kita, suka amik untung atas angin. Jangan merungut jika harga barang untuk high end user macam kita ini naik, kerana untung atas angin ini sudah jadi darah daging kita.

Babak 2:

"Alangkah baiknya kalau aku ada kabel besar untuk nak dapat kerja nih"

Budaya kabel besar. Kalau tiada kabel, susah nak dapat sesuatu. Tak kiralah peluang untuk kerja dalam kerajaan terutamanya mahupun swasta, ataupun untuk menikmati pengajian ke sekolah/IPTA. Ada juga yg percaya kalau ada kabel besar, gaji pun dapat lebih besar dari biasa. Jelas budaya kroni ini akan berjaya melahirkan buaya2 besar dalam negara. Makan kenyang2 pastu tido. X buat kerja. Tiada siapa boleh kacau buaya2 ini. Seekor buaya hendak menegur perbuatan salah yg lain, buaya itu juga sama disuapnya hingga kenyang dan tidur lena. Kepentingan diri sendiri lebih dari kepentingan negara. Apakah kualiti yg kita ingin lihat dalam diri setiap rakyat Malaysia jika hakikatnya inilah yg sedang berlaku dan berakar umbi dalam hidup kita.

Aku tak pernah mengharap kabel2 ini untuk melangkah terus ke depan. Pada aku, rezeki semuanya di tangan Allah. Biarlah rezeki aku dapat itu tidak sebesar mana, asalkan dijamin halal dan diterima atas usaha kita. Biarlah rezeki yg kita dapat itu adalah hak yg sepatutnya kita dapat. Bukan hak orang lain yg kita ambil hanya untuk kepentingan diri sendiri. Hari ini kita senang atas kesusahan orang lain. Akhirat nanti dapatlah balasan yg bertimbal balik dengan apa yg kita lakukan di dunia. Nauzubillahi min zalik.

Lihat Entri Penuh

Saturday, February 28, 2009

Bercouple vs Berteman

Bercouple dan berteman. Jika diperhalusi maknanya membawa kepada 2 konteks yg berbeza. Apa bezanya?

Couple. Berpasangan. Perkataan itu sahaja cukup menggambarkan hidup 2 orang yg berkongsi hidup bersama. Dalam hidup itu cuma wujud 2 pihak saja, "sang arjuna" dan "sang dewi"nya. Persepsi masyarakat kita bila melihat sepasang couple jalan bersama seolah2 mereka ini jangan diganggu. Biar couple ini dengan dunia mereka. Membiarkan mereka berdua ini hidup bagai pasangan suami isteri. Mengabaikan hukum halal dan haram. Tidak tergamak untuk dikatakan bercouple ini merupakan satu cara untuk memuaskan keinginan fizikal seorang lelaki dan si perempuan pula menuruti kata si lelaki atas alasan terlalu sayangkannya. Couple bukanlah cara yg baik untuk menunjukkan rasa sayang, kerana sekali tersilap langkah, padah sepanjang hayat.

Teman. Ditemani. Tuntutan mental-emosi kita untuk mempunyai teman. Teman untuk berkongsi suka dan duka, teman yg saling mencurahkan idea untuk mengatasi sebarang masalah, teman untuk memandu kita ke arah jalan yg diredhai oleh Allah, teman yg sentiasa membuatkan hidup sentiasa penuh, sentiasa lebih bermakna. Berteman lebih membawa kepada konsep hubungan sosial yg lebih terbuka dan terkawal. Bukan untuk memenuhi hawa nafsu, tetapi lebih kepada memenuhi tuntutan mental emosi. Berteman lebih mudah untuk kita ekspresikan rasa sayang kita. Berteman adalah satu konsep pemikiran yg boleh memecahkan mentaliti masyarakat kita yg lebih cenderung kepada konsep berkawan dan berpasangan. Tidak lupa juga konsep "kekasih gelapku" yg merujuk kepada "spare lover". Konsep berteman itu masih canggung di kalangan masyarakat kita.

Bagi sesiapa sahaja yg berasa perlukan teman, anda normal. Bertemanlah. Tapi pesan aku, jauhilah bercouple sebelum kawin. 2 istilah ini masing2 membawa kita kepada 2 matlamat sesuatu perhubungan yg berbeza. Syurga di tangan kananmu, neraka di tangan kirimu. Pilihlah.

Lihat Entri Penuh

Monday, January 5, 2009

Free Gaza!!



Bebaskanlah Palestin dari cengkaman rejim Yahudi yg menghancurkan keamanan dan kehidupan seluruh manusia di muka bumi ini. AMIN..

Lihat Entri Penuh

Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Masihi

Salam Maal Hijrah 1430!!!

Tahun ini aku menyambut Maal Hijrah 1430H di Masjid Al-Azim, Melaka. Sambutan yg agak meriah, aku rasa kagum melihat ramai yg berbaju melayu lengkap bersampin. Sempat aku membaca Surah Yasin, memuhasabah diri melihat apa yg telah aku lakukan pada hijrah tahun ni, dan apa pula hijrah aku pada tahun depan. Dalam x sedar aku menangis kesedihan, bila melihat orang2 Islam di Malaysia sekarang ini khususnya, dan masyarakat Islam di dunia umumnya.

Kita sudah tiada pemimpin sehebat Nabi Muhammad s.a.w lagi kini. Yang berjaya menyatukan hati2 manusia di bawah suatu kepercayaan. Kini orang Islam sudah berpecah belah, dan tiadanya pemimpin yg dapat menyatukan hati dan minda seluruh umat Islam di bawah satu kepercayaan. Hijrah ini adalah titik tolak berlakunya penyebaran agama Islam, titik tolak naiknya sebuah kerajaan Islam. Dan ianya telah berlaku 1430 tahun yg lepas. Tetapi apa yg berlaku 1430 tahun selepas 1 Muharram 1 H itu? Anda sendiri ada jawapannya.
-akan disambung-

Lihat Entri Penuh

Wednesday, December 3, 2008

Ditangguhkan

Nampak gayanya blog aku ini terpaksa ditangguhkan proses kemaskininya buat sementara waktu, bagi memberi ruang untuk menstabilkan hidup aku yg agak huru hara lagi. Aku sudah hilang waktu pagi untuk berehat depan komputer membaca berita online sambil minum minuman panas, aku tiada lagi hari petang untuk sekurang2nya keluar dari rutin harian hidup aku sekali sekala, dan aku tiada lagi malam yg panjang untuk mengetahui apa yg berlaku di luar "dunia" aku. Tiba di rumah lewat maghrib, menguruskan hidup dalam 2-3 jam dan sudah mencari2 katil bila jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Sambil2 aku mencari ruang untuk keluar dari cycle of life seorang workaholic ni, aku dengan rasminya ingin menangguhkan "pembinaan" pondok biru ini. Rasa agak terkilan juga di hati bila idea dalam kepala mencurah2 untuk menulis, tetapi ruang yg ada ada mendukacitakan aku. Doakanlah semoga aku masih terus kebal, untuk hidup dengan orang yg sanggup menghabiskan harinya dengan kerja, dan menjadi salah seorang daripadanya, secara paksa rela.

Akhir kata, blog ini ditangguhkan ye, bukan terbengkalai. Terima kasih atas sokongan. Aku akan kembali menulis bila tiba masanya..

Lihat Entri Penuh

Friday, November 28, 2008

Kerja.. kerja.. kerja..

Agak terlalu lama aku tidak updet blog ini. Bukan kerana terlalu sibuk dengan kerja, tapi hanya kerana tiada akses internet di rumah sewa aku. Nak dipasang streamyx, aku masih berasa tidak berbaloi membelanjakan duit sebanyak itu utk "narrowband" streamyx.

Banyak benda aku belajar dari syarikat GLC yg aku kerja sekarang. Hakikatnya yg semua orang patut terima ialah, "Siapa kata kalau kerja kompeni Malaysia ni segala benda kita belajar kat sekolah dulu kita tak pakai? Ianya sama ada orang tu nak pakai ataupun tidak".

Suatu hakikat lagi yg harus diterima. "Saintis" yg memperkenalkan segala teori2 bukanlah sesiapa tanpa "engineer" yg menggunapakai segala ilmu2 teori mereka itu dalam kehidupan sebenar, di mana tiada parameter mutlak (anggap tekanan, suhu adalah 0, dsbnya)dan tiada graf linear boleh dilakarkan kerana kewujudan pelbagai parameter yg sukar dikawal tersebut.

Lihat Entri Penuh

Wednesday, November 5, 2008

Monolog 11/05

Belated Deepavali!

Masa hari Deepavali ada la satu kumpulan hiphop "Emergency" yg menyanyikan lagu rap Tamil dalam satu slot MHI. Menurut mereka, lirik lagunya mengandungi mesej2 yg menggambarkan keharmonian hidup. Bagaimana orang India hidup dengan budaya mereka, dan diselitkan juga dengan minah berkebaya dan amoi bercheongsam.
Cuma terlintas dalam benak fikiran aku. Kan baik kalau ada sari kata terjemahan lagu yg mereka sampaikan. Walaupun tidak dapat memahami apa yg diperkatakan, dapat baca sarikata pun cukuplah, sambil melayan irama lagu itu yg memang menarik. Dan tertanya juga aku kenapa mereka tidak diberi byk ruang untuk menyanyi semasa Malam Kemerdekaan ataupun Malam Tahun Baru. Mungkin masa tu ramai antara kita dok menatap skrin yg ada berdekatan sambil membaca sarikata lagu, tp apa salahnya kan.

Merungut

Antara benda aku rungutkan dengan Malaysia ni: Public transport dengan Internet! Kedua2nya slow dan mahal. Tak begitu berbaloi utk dibayar. Syukurlah budget baru 2009 semalam tak lupakan dua aspek ni. Tak sanggup aku nak baran2 dgn kelembapan dua benda ni. Tersangkut kat stesen bas sampai 5 jam, mahupun menghadap internet refresh2 yg ntah bape kali yg akhirnya aku berambus je keluar dari CC.

Lihat Entri Penuh

Wednesday, October 15, 2008

Penganggur Kehormat

Sehingga hari ini ada ramailah juga yg bertanyakan soalan2 spt "Camne 1st day kerja?" mahupun ucapan2 spt "Selamat menjadi lelaki berkerjaya" yg ditujukan kepada aku dan aku hanya mampu senyum.

Bos HR kata pada aku masa 1st time berjumpa dan buat medical check-up di kilang hari itu cakap aku mula kerja pertengahan bulan ini, sbb awal bulan 10 cuti raya. Sampailah minggu lepas aku tunggu surat mahupun panggilan, langsung tiada apa2. Dan bila aku datang KL nak lapor diri, baru aku tahu offer letter, dsb masih belum diproses. Kesilapan mereka dan aku jadi mangsanya. Rugi 1/2 bulan gaji. Manusia membuat kesilapan. Dan aku mangsanya. Beberapa orang yg dengar masalah aku ini cakap, "Biasalah, kompeni orang Melayu".

Dan dengan ini secara rasminya aku jadi penganggur kehormat. Malas nak tension2 dengan benda nih. Baik aku bercuti lagi best. Minggu ini aku nak pergi Pulau Pinang, minggu depan aku nak pergi Pulau Perhentian. Menarik sungguh! Penganggur2 biasanya kesengkekan tiada wang sbb tidak bekerja tetapi aku menggunakan peluang tidak bekerja ini untuk melancong. Indahnya dunia!

Lihat Entri Penuh
 
Free counter and web stats